Rabu, 16 Disember 2015

Andai

Andai
Jika setiap andai itu tercipta
Maka hancurlah dunia
Penuhlah di Syurga..

Kerna
Andai saja ramai yang ingin mengubahnya..

Selasa, 15 Disember 2015

Guris

Guris
Guris luka luka
Yang takkan aku lupa..

Sampai airmata ini kering
Kau guris..

Sumpah!
Kau akan rasa
Untuk setiap airmata..

Jumaat, 4 September 2015

Kau Pemilik Cinta - Hijjaz

🌷❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤🌷

Oh pemilik cinta
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga...

Oh Pemilik Hati
Sungguh Kau Maha mengerti
Lemah diri ini hidup bersendiri
Dirinya seperti cahaya yang menyinari
Indahnya bak bidadari...

Semua persoalan bertemu jawapan
Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran
Kesyukuran ini melimpah di hati
Betapa agungnya kasih-Mu Ilahi...

Oh pemilik hati
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga...

Benar ku akui
Jarang ku lafazkan
Kata-kata penghargaan atas pengorbanan
Namun hanya Engkau Maha Mengetahui
Betapa dirinya amat ku hargai...

Kekasih...
Kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walaupun bertalu diuji
Dirimu tetap setia disisi

Oh Tuhan...
Kau yang Maha Tahu
Cintaku padanya tak pernahku ragu
Ku pinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya disyurga-Mu

Rasa

Sungguh lama
Terasa aku merasai engkau
Yang kabur tak berbayang
Hilang dek pandangan
Dibawa bayangan...

Mengharap
Buat aku sakit...

Yang diam aku tidak kau tahu
Yang rasa aku tak terlafaz
Yang kau hanya satu tiada dua...

Jarak
Angin kau rasa
Di tiup bayu
Selatan Utara Timur Barat
Aku tetap kaku
Diam membatu...

Kerna kau
Hanya satu
Yang aku tunggu...

Sabtu, 11 Julai 2015

Normal

Aku cuma harap satu sahaja
Kau berubah dan kembali normal
Seperti dahulu
Saat kami masih dalam timanganmu..

Jumaat, 10 Julai 2015

Penantian

Hari demi hari
Kau menghitung waktu
Dengan penuh kesabaran
Untuk menanti detik yang tak pasti..

Entah sampai bila kau harus begini
Kau tetap setia menanti
Demi permata yang kau kasih..

Mungkin
Perasan itu tidak sama lagi
Kerna itu aku jua turut menerima
Demi kebahagiaan insan tersayang..

Pergilah..

Lupakan dendam semalam
Yang menyakiti
Tiada erti jika terus menanti
Saban hari..

Doaku
Biar suatu saat kita berjauhan
Namun kerna pertalian kita bersama
Walau untuk seketika..

Khamis, 4 Jun 2015

Terawih

Satu malam
Aku ingat

Kita dua-dua
Jumpa satu tempat
Pegang-pegang cuit manja
Gelak-gelak tawa ria

Sungguh aku rindu
Temu bulan indah
Ramadhan kita terawih

" 😆 "